Kenapa Saya Beroperasi Secara Online & Tiada Kedai Fizikal (Penjelasan Jujur Untuk Pelanggan)

December 18, 2025

Ahmad Amiruddin

No comments

Saya Bukan Scammer 😭 Kenapa Saya Beroperasi Secara Online & Tiada Kedai Fizikal (Penjelasan Jujur Untuk Pelanggan )


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya ingin berkongsi satu situasi yang sering berlaku dalam bisnes ansuran online.

Baru-baru ini, ada seorang pelanggan yang berminat untuk membeli TV LG. Saya telah meluangkan masa menjawab semua soalan dengan lengkap β€” tentang produk, ansuran, penghantaran dan proses permohonan. Namun selepas pelanggan bertanya β€œkedai di mana?” dan mengetahui kami tiada kedai fizikal, perbualan tersebut berakhir dengan WhatsApp saya diblock.

Saya tidak marah, dan saya tidak menyalahkan pelanggan.

Dalam keadaan sekarang, ramai orang berhati-hati, dan itu adalah perkara yang baik.

Namun, izinkan saya jelaskan dengan lebih telus dan profesional supaya pelanggan faham bagaimana sistem ini berfungsi.

Siapa Sebenarnya Ansuran2u.my?

ansuran2u.my ialah platform jualan 100% online dan kami merupakan:

βœ… Ejen sah berdaftar bagi jenama:

  • LG Malaysia
  • Movon Malaysia
  • Khind Malaysia

Perniagaan ini diusahakan secara rasmi oleh saya (En. Amiruddin) dan isteri saya (Puan Atikah) melalui kerjasama terus dengan HQ jenama-jenama tersebut.

πŸ‘‰ Kami bukan penjual rawak,
πŸ‘‰ Kami bukan individu persendirian,
πŸ‘‰ Dan kami bukan orang tengah tidak dikenali.

Kenapa Kami Tidak Mempunyai Kedai Fizikal?

Soalan yang paling kerap ditanya:

β€œTak ada kedai, macam mana boleh jual? Untung atas angin ke?”

Jawapannya: Tidak sama sekali.
Kami tidak membuka kedai fizikal kerana model bisnes ini tidak memerlukan kedai, dan sebenarnya lebih selamat untuk pelanggan.

Bagaimana Sistem Ansuran Ini Sebenarnya Berfungsi?

Untuk pembelian secara ansuran melalui kami:

  1. Barang datang terus dari Gudang HQ (Warehouse HQ)
    • bukan dari kedai runcit
    • bukan dari stok pihak ketiga
  2. Bayaran ansuran dibuat terus kepada HQ
    • bukan kepada kami
    • bukan kepada bank
    • bukan kepada syarikat kredit
  3. Kontrak yang digunakan ialah kontrak SEWA BELI (Hire Purchase / Rental Contract)
    • barang masih milik HQ sepanjang tempoh ansuran
    • pelanggan hanya menyewa barang tersebut
    • selepas tamat kontrak, barulah barang menjadi milik pelanggan sepenuhnya

Inilah sebab utama kedai fizikal tidak diperlukan.

Kenapa Kedai Biasa Tidak Guna Sistem Ini?

  • Jika anda beli di kedai fizikal biasa:
    • Kedai perlu dibayar penuh oleh pelanggan
    • Jika ansuran, ia melalui pinjaman wang kedai tetap dapat cash penuh malah kaut untung lebih kerana markup harga
    • Melibatkan interest
    • Melibatkan riba (bagi orang Islam)
    • Kedai tidak sanggup tunggu bayaran 3–5 tahun
    • Kedai tidak mahu tanggung risiko pelanggan culas

Sebab itu kebanyakan kedai:
πŸ‘‰ mahu duit penuh,
πŸ‘‰ atau guna pinjaman kredit pihak ketiga.

Bezanya Kontrak Sewa Beli Direct HQ

Dalam kontrak sewa beli terus dengan HQ:

  • βœ” HQ keluarkan barang
  • βœ” HQ tanggung risiko
  • βœ” HQ urus penghantaran & pemasangan percuma
  • βœ” HQ sediakan waranti sepanjang kontrak
  • βœ” HQ kawal kualiti (QC) dengan lebih ketat

Kenapa QC ketat?

πŸ‘‰ Sebab barang masih milik HQ sepanjang tempoh ansuran.
πŸ‘‰ Jika barang rosak, HQ yang rugi, bukan pelanggan.

Ini sebenarnya lebih selamat untuk pelanggan, bukan sebaliknya.

Kenapa Saya Tidak Buka Kedai Walaupun Boleh?

Walaupun saya boleh buka kedai, realitinya:

  • Barang tetap dihantar dari HQ
  • Bayaran tetap kepada HQ
  • Kontrak tetap kontrak sewa beli
  • Barang tetap milik HQ

Jadi membuka kedai hanya akan:

❌ menambah kos
❌ menaikkan harga
❌ tidak memberi manfaat tambahan kepada pelanggan
❌ hanya untuk pelanggan setempat. Sedangkan HQ boleh hantar percuma seluruh Malaysia berpusat gudang HQ di lembah klang

Sebaliknya, model online ini:

βœ… lebih telus
βœ… lebih jimat
βœ… lebih selamat
βœ… lebih mudah untuk pelanggan seluruh Malaysia

Penutup: Soal Kepercayaan

Saya faham:

  • Ada pelanggan takut ditipu
  • Ada pelanggan selesa beli depan mata
  • Ada pelanggan tak yakin dengan bisnes online

Dan itu hak pelanggan.

Saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk membeli.

Jika anda tidak yakin, lebih baik tidak membeli daripada membeli dalam keadaan ragu.

Namun jika anda ingin faham dengan betul:

  • sistem ansuran
  • kontrak sewa beli
  • kenapa tiada kedai
  • kenapa barang dari HQ

Saya sedia jelaskan dengan jujur dan terbuka.

πŸ“² Jika mahu semak atau bertanya tanpa paksaan:

Boleh wasap saya En. Amir dan Isteri saya Puan Atikah.

Kepercayaan bukan dibina dengan paksaan,
tetapi dengan penjelasan yang jelas & jujur.

Gambar-gambar saya ketika berada di brand store.

gambar nanti saya update lagi ye, sebab semua gambar ada dalam telefon lama.

Sedang bertugas di brand store LG

Ada apa-apa lagi bukti korang nak untuk yakinkan korang? komen bawah ya saya sediakan update bukti-bukti bahawa saya legit khas untuk anda.

Seorang penulis yang aktif dalam marketing online. Mahir dalam Google Ads, Facebook Ads, Tiktok Ads dan SEO blogger. Kini ansuran2u.my salah satu website perniagaan beliau dalam aktif menghasilkan kandungan seo berkualiti tinggi.

Leave a Comment

Item added to cart.
0 items - RM0.00