Aircond

Perbezaan Aircond Inverter dan Aircond Non-Inverter Secara Ansuran

perbezaan aircond inverter dan aircond non inverter secara ansuran

Perbezaan antara aircond inverter dan aircond non-inverter terletak pada teknologi kompresor yang digunakan, kecekapan tenaga, kawalan suhu, bunyi operasi, serta kos awal dan jangka panjang. Berikut adalah perbandingan terperinci:

AspekAircond InverterAircond Non-Inverter
Teknologi KompresorKompresor bergerak secara berterusan dengan kelajuan boleh laras (variable speed) mengikut suhu bilik.Kompresor hanya ada dua mod: ON (penuh kuasa) atau OFF (mati).
Kecekapan Tenaga (KWh)Lebih cekap – menjimatkan sehingga 30–50% tenaga elektrik.Kurang cekap – kerana sentiasa hidup/mati, menyebabkan lonjakan penggunaan elektrik.
Kawalan SuhuSuhu lebih stabil – tidak turun naik mendadak. Kompressor menyesuaikan kelajuan untuk kekalkan suhu tetap.Suhu kurang stabil – apabila suhu mencapai tahap ditetapkan, kompressor mati, lalu hidup semula bila suhu naik.
Bunyi OperasiLebih senyap – kompressor tidak sentiasa start/stop secara kasar.Lebih bising – bunyi “kick-start” setiap kali kompressor hidup.
Tempoh PenyejukanCepat sejuk pada permulaan, kemudian beroperasi pada kelajuan rendah.Cepat sejuk, tetapi akan padam dan hidup balik (cycling), menyebabkan ketidakselesaan ringan.
Harga AwalLebih mahal (premium) – biasanya 20–40% lebih tinggi daripada model non-inverter.Lebih murah – sesuai untuk bajet terhad.
Pulangan Pelaburan (ROI)Pulangan dalam jangka masa 1–3 tahun melalui penjimatan bil elektrik (bergantung pada penggunaan).Tiada pulangan besar dari segi penjimatan elektrik.
Jangka HayatUmur lebih panjang – kurang tekanan pada kompressor akibat cycling kerap.Jangka hayat lebih pendek jika digunakan kerap, kerana stres mekanikal daripada start/stop.
Sesuai UntukPenggunaan berterusan (contoh: rumah, pejabat, bilik tidur).Penggunaan berkala (contoh: stor, bilik tetamu).
Tawaran AnsuranAircond Inverter ada tawaran bayar ansuran daripada Jenama LG & Movon waranti sehingga 5 tahun.Tiada tawaran bayar ansuran. Kebanyakan ansuran kedai waranti 1 tahun sahaja.

Mitos Aircond Inverter : Lagi Banyak Guna Eletrik

Ramai lepas pasang aircond inverter (guna belum sampai sebulan) kata lagi banyak penggunaan tenaga eletrik. Alasannya ialah aircond compressor sentiasa on non stop selagi tidak tutup aircond. Berbeza dengan non-inverter ada juga off sendiri bila suhu bilik dah sejuk.

Untuk menjawab persoalan ni anda boleh tengok dalam jadual diatas aspek pertama hingga aspek ke-empat macam mana perbezaannya. Kesimpulannya Eletrik boleh jimat dengan inverter sebab bila suhu dah sejuk, compressor akan sentiasa maintain low idle eletrik akan jadi jimat. Berbeza dengan non inverter bila suhu sejuk akan auto off inverter, bila suhu dah panas balik akan start balik dengan idle yang tinggi dan boleh menggunakan eletrik yang banyak.

Kalau anda perasan bawa kereta dekat highway minyak lagi jimat berbanding bawa dekat bandar sebab enjin dekat highway idle sama sahaja berbanding gerak dalam bandar idle enjin turun naik. Kalau kereta myvi saya full tank kat highway boleh pergi 450KM dan dalam bandar hanya 230KM sahaja hampir separuh berbeza.

Dah pasang aircond inverter tapi bill eletrik sama sahaja dengan aircond non-inverter

Sebelum pasang aircond inverter saya nak tanya korang, setiap hari korang pasang aircond berapa jam? Kalau setakat 2-3 jam sehari tak perlu pasang aircond inverter sebab perbezaan penjimatan harga eletrik sama sahaja (tak nampak penjimatan), ini bermakna korang belum sepenuhnya guna inverter.

Sebab itu dalam jadual diatas “sesuai untuk” non-inverter sesuai untuk tempat jarang pasang aircond. inverter sesuai untuk tempat selalu on aircond. Jika anda pengguna tegar aircond bila tukar ke inverter akan tahu penjimatan yang sangat banyak. Bila pakai inverter jangan gatal tangan pergi on off aircond sendiri. Kalau masih guna nak keluar setakat 1-2 jam biarkan aircond tu running.

Dimana Untuk Dapatkan Aircond Inverter Secara Ansuran?

Nak beli penghawa dingin inverter ansuran boleh klik jenama aircond dibawah 👇. Nanti ada nombor whatsapp ejen LG & Movon untuk bantu korang dapatkan aircond inverter secara ansuran.

Aircond Movon SnowMate 1.0HP & 1.5HP Cash/Ansuran 60 Bulan

RM110.00

Dapatkan aircond movon inverter bayaran ansuran / installment serendah RM110 Sebulan. Menggunakan teknologi AI auto smart sensor menjimatkan lagi tenaga eletrik.

Atau boleh je whatsapp nombor ejen LG / Movon Dibawah ni. InsyaAllah dorang bantu nanti cara nak mohon secara ansuran.

Kesimpulan:

  • Pilih aircond inverter jika anda mahukan:
    • Penjimatan elektrik jangka panjang.
    • Keselesaan suhu yang lebih konsisten.
    • Operasi senyap dan tahan lama.
  • Pilih aircond non-inverter jika:
    • Bajet terhad.
    • Hanya digunakan secara sementara atau tidak kerap.

💡 Tip: Walaupun aircond inverter lebih mahal pada mulanya, ia lebih ekonomikal dalam jangka panjang terutamanya di negara tropika seperti Malaysia yang memerlukan penggunaan aircond hampir setiap hari.

One thought on “Perbezaan Aircond Inverter dan Aircond Non-Inverter Secara Ansuran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *