Uncategorized

Barang Elektrik Ansuran Kedai? Ok Ke?

barang elektrik ansuran kedai

Sekarang banyak kedai eletrik menawarkan barang eletrik ansuran kedai. Kebanyakan ansuran kedai saya tidak recommended untuk korang ambil sebab ia melibatkan banyak pihak antara anda dengan kedai dan syarikat kredit pinjaman (kebiasaan aeon credit).

Secara jelasnya beli barang elektrik ansuran kedai tidak ok. Jangan beli. Ini pendapat dan pandangan peribadi saya kenapa buat ansuran kedai beli barang eletrik tak ok. Sebelum tu saya disclamier siap-siap ye, posting ni munkin berat dan tidak memihak ansuran kedai sebab saya agent untuk ansuran produk terus daripada HQ Movon, Khind dan juga LG.

Sebab Kenapa Tidak Disarankan Guna Ansuran Kedai (Keburukan Ansuran Kedai)

1. Ada Unsur Riba – Mempunyai interest terhadap pinjaman

Jika anda sebagai seorang muslim dan ingin mencari keberkatan dalam urusniaga kewangan pilihlah jenis tiada interest / bunga pastinya halal dan berkat. Saya ada tulis detail kat sini berkenaan Beli Barangan Eletrik Secara Ansuran: Patuh Syariah atau Tidak? anda boleh baca terperinci dalam posting saya sebelum ni.

Walaupun secara pandangan kasar tiada perbezaan antara interest dengan tidak, tapi dalam akad jual beli dan kontrak jauh berbeza antara syariah atau tidak. Sama sahaja muslim berkahwin dengan non muslim berkahwin secara pandangan kasar kedua-dua berkahwin tapi dalam akadlah yang membezakan antara 2 agama.

2. Waranti biasa 1 tahun sahaja

Antara salah satu yang saya tidak suka beli cash kedai atau ansuran kedai adalah tempoh waranti diberikan. Kebiasaan hanya setahun sahaja. Kebiasaan produk eletrik akan rosak pada tahun kedua atau ketiga. Jika anda beli ansuran kedai jika rosak pada tahun kedua anda bayar bulanan barangan eletrik yang rosak. Best tak macam tu? bayar bulan-bulan tapi barangan eletrik tidak boleh digunakan.

Kalau anda beli ansuran daripada saya iaitu Movon, Khind dan LG tempoh waranti diberikan sehingga ansuran habis dibayar. Sebagai contoh anda beli peti sejuk ansuran 5 tahun. Waranti juga akan diberikan selama 5 tahun. Best tak macam tu? sepanjang tempoh bayar ansuran anda tidak perlu risau jika barangan eletrik anda rosak.

3. Pinjaman kredit, interest tinggi

Untuk ansuran kedai kebiasaannya ialah anda buat pinjaman secara kredit dari aeon credit atau mana-mana institusi bayaran kredit untuk membeli bayaran eletrik. Interest biasa dikenakan sehingga 15%-30% dari harga belian. Sangat mahal. bukan setakat itu, kedai pun akan caj kepada anda beberapa caj untuk membolehkan anda buat pinjaman kredit dari kedai.

Berbeza pembelian daripada HQ Movon, Khind atau LG. anda tidak membuat pinjaman hutang daripada kredit kewangan lain. Anda hanya perlu bayar sewa sahaja kepada HQ selepas habis bayar barangan eletrik akan auto jadi milik anda. Ini kenali sebagai Rent-to-own atau sewa beli.

4. Kos & Caj Tambahan

Untuk ansuran kedai anda akan dikenakan pelbagai kos dan caj tambahan. Sebagai contoh caj duty fees yang tinggi, caj servis perkhidmatan submit dokumen dan kebiasaan harga akan dinaikkan 5-10% daripada harga jualan runcit. 5-10% ni tidak termasuk dengan interest untuk anda bayar nanti.

contohnya barangan eletrik tersebut RM1000. Kedai akan caj anda 5-10% katakanlah kedai caj 5% daripada RM1000 jadi anda perlu buat pinjaman kredit sebanyak RM1050. ini tidak lagi termasuk caj duty fee dan caj servis perkhidmatan kedai untuk submit kelayakan anda. katakan total caj semua RM1800. Jadi RM1800 tersebut akan dikenakan dalam pinjaman kredit anda + 15-30% interest semasa pembayaran nanti.

5. Kos Transport Berbayar

Kebiasaan kedai akan kenakan caj penghantaran jika jarak kedai dan kediaman anda melebihi 3KM. Caj penghantaran ini bergantung atas kedai samada mereka akan caj berasingan atau masukkan terus fees dalam pinjaman kredit anda. Ini akan meningkatkan lagi kos pinjaman anda hanya untuk beli barangan eletrik.

Berbeza dengan beli secara terus daripada HQ Movon, Khind atau LG walaupun produk tersebut daripada HQ mereka di lembah klang, anda duduk di kedah, perlis pun mereka boleh hantar secara percuma sahaja tanpa caj dan kos tambahan perlu bayar.

6. Kos Pemasangan Berbayar

Untuk barangan eletrik pemasangan seperti contoh aircond, beli kat kedai anda akan dikenakan caj RM300-RM500. Kos tambahan ini anda perlu keluarkan sendiri. Bergantung juga kepada kedai samada mereka akan caj dalam pinjaman kredit anda atau caj berasingan.

Berbeza jika anda beli direct daripada HQ LG, Movon dan Khind semua pemasangan adalah percuma sahaja. Hanya tunggu technician datang pasang sahaja.

Kelebihan Ansuran Kedai

Kelebihan ansuran kedai 1 je. Iaitu anda boleh datang kedai dan boleh tengok barang tersebut dan pegang-pegang sehingga puas hati. Tapi kena ingat kelebihan ni juga akan jadi kekurangan sebab barang yang anda beli sudah beratus atau beribu orang sudah pegang dan test sebelum anda beli.

Kesimpulan Barang Elektrik Ansuran Kedai

Kesimpulannya ialah, lebih baik jangan beli. Kalau anda nak beli kat kedai beli cash lebih baik. Kalau nak beli secara ansuran saya sarankan anda untuk pilih 3 jenama besar dan popular daripada Malaysia ini iaitu Movon, Khind dan LG. Barang berkualiti waranti lama, kos pemasangan percuma dan technician partner ada seluruh negara. Berminat nak dapatkan barangan eletrik Movon, LG dan Khind? boleh hubungi saya dan isteri saya dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *